TERAPI AURA AGUNG ANUGERAH AGUNG
THE ULTIMATE AURA
SUPER POWER OF ZIMA ANUGERAH AGUNG(TERBARU)
Terapi Aura No.1 di
Malaysia
(Satu-satunya dan
Pertama Seumpamanya di Malaysia dan sangat berbeza dari program terapi Aura di
tempat lain,Anugerah Agung Spiritual Development Centre mempersembahkan kepada
Anda Program Terapi Aura Terdahsyat &Terhebat, Termurah,Terlengkap Anugerah
Agung Abad 21)
PENGENALAN
(Pertama
Seumpamanya dan satu-satunya Di Malaysia)
(Rawatan Terapi Aura
Cukup Dilakukan Sekali Seumur Hidup)
Jaminan 1000% Aura Anda akan berubah ke tahap
Cemerlang,Gemilang dan Terbilang
Saintifik,Ilmiah,Moden,Natural,Rasional
dan Ilahiyah
SOLUSI KECANTIKAN,KESUKSESAN,KESIHATAN,KELANCARAN BISNES &
PENINGKATAN KARIER
Bagaimana Aura menurut Ilmu Sains?
Menurut ilmu sains fizik, setiap benda
terdiri daripada partikel-partikel kecil yang disebut sebagai atom. Atom
terdiri daripada elektron-elektron yang bermuatan negatif dan proton-proton
yang bermuatan positif. Proton dan elektron ini adalah getaran elektrik dan
magnet. Proton bergerak di sekeliling inti, sedangkan elektron bergerak
mengelilingi proton. Ruang di mana atom bergerak disebut ruang tenaga atau
medan tenaga (energy
field). Medan tenaga ini memancarkan cahaya. Dengan demikian,
setiap benda atau materi yang terdiri daripada atom mempunyai ruang tenaga
bercahaya, inilah yang disebut AURA.
AURA ataupun digelar juga sebagai gelombang
elektromagnetik yang mempunyai tenaga yang amat kuat dan bergerak secara rawak
adalah terdiri daripada lapisan cahaya yang bertingkat-tingkat mengikut tahap
kelajuan tertentu terdiri daripada
wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan
dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya wujud dipersekitaran tubuh manusia,
haiwan dan tumbuhan yang hidup. Apa saja yang mempunyai struktur atom akan
mempunyai AURA. Atom setiap benda ini terbentuk dari elektron-elektron dan
proton-proton yang sentiasa bergerak. Elektron dan proton ini adalah gelombang
atau getaran tenaga elektrik dan magnet. Aura bukanlah mitos tetapi ia benar
dan telah dibuktikan dari sudut sains.
Bagaimana
AURA menurut AGAMA ?
Foto/Ilmu Aura adalah suatu teknologi yang
bermanfaat untuk melihat Color Psychology ( EQ ) dan Kesihatan secara umum,
semacam dengan Rontgen/USG, sehingga tidak bertentangan dengan Agama atau
Kepercayaan Anda. Informasi paling tua tentang AURA justeru berasal dari Kitab
Suci Al-Quran, antara lain dalam Surat Ar Ra’d (Guruh). Disebutkan terdapat 2
jenis Malaikat yang selalu mengikuti manusia, yang pertama adalah Malaikat yang
mencatat amal perbuatan, yang kedua adalah Hafazhah (Malaikat Penjaga).
Hafadzah ini dalam tafsir disebutkan berupa (1) Cahaya yang terdiri dari 7
Warna,(2) Terdapat di muka dan dibelakang tubuh manusia,(3) Bergerak dan
berputar bergiliran, dan (4) Memiliki fungsi untuk menjaga. Hafadzah inilah
yang sekarang popular disebut AURA.
Aura manusia
adalah medan tenaga dan pantulan tenaga hayat dalam badan kita.
Tenaga ini
membentuk diri kita, siapakah diri kita dan sebaliknya aura itu akan menjadi
lebih baik atau lebih teruk disebabkan oleh persekitaran kita dan cara hidup
kita. Aura juga membalikkan kesan bergantung kepada kesihatan kita, perwatakan
kita, aktiviti mental kita dan keadaan emosi kita. Aura juga boleh
menunjukkan atau mengesan penyakit , selalunya lama sebelum simptom-simptom
penyakit menunjukkan kesannya.
Aura pada manusia berperanan bagi menerangkan
kekuatan gelombang eletrik yang di pancarkan dari pusat tenaga yang ada didalam
tubuh manusia yang di namakan cakra, yang menyamai cahaya pelangi (sebenarnya
tidak, kami merumuskan hanya pada cahaya utama sahaja).
Lingkaran cahaya ini mengandungi medan tenaga
magnet, bio energy dan lain lagi.Warna merupakan satu ukuran tenaga bagi
sesuatu gelombang. Maknanya warna Aura merupakan satu ukuran tenaga dalam diri
seseorang. Sekiranya ada kelemahan pada organ-organ tertentu ianya akan di
pengaruhi oleh Aura ini. Kelemahan tersebut dapat di seimbangkan dengan
memancarkan Aura ke arah organ yang bersangkutan.
Aura berubah seiring dengan perjalanan emosi,
fizikal, mental dan juga tahap kerohanian seseorang. Apabila kita merawat
seseorang , pertama sekali kita perlu periksa bentuk Aura dahulu. Apabila Aura
nya lengkung kebelakang dan kedepan, ini menandakan sistem Metabolisma tidak
seimbang di bahagian tertentu, keseimbangan kimia tidak harmoni, pengunaan
dadah dan lain lagi.
Kalau ada warna hitam atau warna biru tua
disekitar tubuh anda bererti anda mengalami suatu penyakit atau gangguan
fizikal yang belum zahir untuk menjadi penyakit. Apabila warna gelap di sekitar
kepala, mungkin anda sedang stress atau gangguan pada pikiran dan perasaan
anda. Setiap gangguan fizikal selain harus di terapi secara medikal atau terapi
Aura / gelombang. Selain itu anda juga perlu diterapi dengan bantuan terapi
cahaya. Melalui kamera Kirlian kita
boleh melihat paduan warna yang melingkar disekitar tubuh kita, namun kita juga
dapat merasakan aura tersebut.
Berdekatan kepada kulit kita adalah Aura
etherik. Aura itu berwarna pucat dan berjaluran sempit mengelilingi luar badan
kita dan selalunya tidak lebih dari setengah inci lebarnya. Ia lebih menyerupai
asap berwarna keruh memanjat mengelilingi badan kita.
Aura utama adalah melekat mengelilingi badan
kita seperti awan. Bayangkan seorang manusia yang mana satu gelung cahaya yang
tebal jatuh menimpa mereka dan kita akan dapat gambarannya yang mana begitulah
rupa aura utama yang melingkari badan kita. Cahaya ini terpancar dari pusat
fizik (cakra). Tenaga dasar ini keluar memancar secara menegak dari bumi tempat
kita berpijak menerusi kaki kita dan seterusnya memasuki cakra-cakra yang terdapat
dalam badan kita, seperti mana yang berlaku pada tumbuh-tumbuhan yang menerima
air. Tiap-tiap cakra tersebut adalah seperti sebuah transformer atau janakuasa
biologi yang menjanakan tenaga dari berbagai jenis warna. Kekuatan,
aktiviti dan ton warna pada tiap-tiap cakra bergantung kepada perwatakan,
personaliti, keadaan emosi dan cara hidup seseorang itu. Bersama-sama dengan
faktor tersebut mereka menjanakan keamatan aura.
Izinkan ianya bermula dengan kisah penciptaan
manusia… Manusia adalah
makhluk ciptaan Allah SWT yang paling hebat. Jika dibandingkan dengan makhluk
lain manusia lebih mulia kerana Allah SWT telah menganugerahkan otak yang mampu
melakukan pelbagai perkara. Sejak azali lagi manusia telah melalui proses
evolusi hinggalah ke hari ini ia masih berkembang dan akan terus berkembang.
Kajian ahli sains menyatakan bahawa
kebanyakan manusia, sejak dilahirkan hinggalah saat kematiannya hanya
menggunakan dan meneroka 6% daripada jumlah otaknya. Ini membawa maksud manusia
tidak pernah menggunakan otaknya secara maksimum demi mencapai dan melakukan
perkara yang diinginkan ke satu tahap yang paling cemerlang. Alangkah baiknya
jika kita dapat meningkatkan penggunaan otak ini ke satu tahap yang lebih
tinggi daripada biasa. Sekirannya manusia dapat menggunakan dan menumpukan
pemikirannya ke satu tahap yang lebih tinggi daripada biasa, sudah pasti mereka
dapat membaiki kehidupan seharian mereka dengan lebih baik.
Manusia boleh membentuk cara pemikirannya
untuk mencapai kejayaan. Kita boleh meramalkan kejayaan dan kegagalan masa
depan kita dengan berpandukan cara pemikiran kita sekarang. Itulah matlamat
yang patut dimiliki untuk diri kita; matlamat untuk hidup dengan jayanya dan
menjadi individu yang kreatif. Dan kejayaan itu boleh kita rancangkan mulai sekarang
dengan cara membentuk cara pemikiran kita hari ini.
Cara kita membentuk pemikiran kita amatlah
mustahak kerana,walaupun baik atau jahat, kuat atau lemah, pembentukan itu akan
menjadi realiti. Pemikiran itu adalah asas yang tersembunyi bagi menentukan
perlakuan. Jika kita membentuk pemikiran kita dan menguasai minda kita
sepenuhnya dengan kejayaan, perbuatan yang akan mendatangkan kejayaan akan
menyusul kemudian Namun ramai antara kita tidak hidup sebagai manusia yang
mempunyai pegangan kukuh dan teguh. Kita tidak menggunakan tenaga dan kekuatan
yang dikurniakan kepada kita oleh Allah SWT.
Pada dasarnya setiap manusia memiliki apa
yang disebut dengan tenaga dalam, cuma mereka tidak mengetahui bagaimana cara
membangkitkan atau mengembangkannya. Tenaga dalam itu wujud sejak manusia
dilahirkan. Tetapi tenaga itu masih pasif dan hanya akan bangkit apabila orang
tersebut berada dalam keadaan panik, situasi yang cemas dan ketakutan yang luar
biasa.
Pelangi adalah
contoh AURA
Ada apa dengan AURA?
Secara umum gelombang medan elektromagnetik yang menyelubungi tubuh manusia ini dikenal dengan nama Aura. Aura adalah suatu bentuk tenaga yang boleh diperolehi dengan berbagai cara. Tenaga ini berasal dari dalam tubuh manusia dengan berbagai macam kegunaan, misalnya untuk pertahanan diri, perubatan, dan sebagainya. Apabila keseimbangan aura didalam tubuh sesorang terganggu, ia akan menyebabkan sesorang itu mudah menerima gangguan dari segi fizikal,mental.emosi dan spiritual.
Aura bukan khusus
untuk sesuatu masyarakat atau bangsa sahaja tetapi ia dimiliki oleh setiap
manusia yang sedar akan keistimewaan ini. Dalam masyarakat cina ia dikenali
dengan nama ‘chi’ yang diperolehi melalui latihan senaman tai chi. Bagi
pengamal senaman Pernafasan ia dikenali dengan nama ‘prana’. Manakala bagi
bangsa Jepun atau pengamal senibeladiri Karate atau Aikido, aura ini dikenali
dengan nama ‘ki’. Bangsa Melayu lebih sinonim dengan nama tenaga dalam. Bagi
pembaca setia komik anda tentu biasa dengan kuasa putaran medan magnetik, kuasa
penyatu-paduan sel-sel dan lain-lain istilah.
Sebenarnya
bukanlah sesuatu yang pelik sangat apabila anda melihat apa yang di lakukan
oleh David Copperfield, cuma anda tidak mengetahui caranya saja. Apabila anda
mengetahuinya… ia cuma perkara yang biasa saja… Ilmu pernafasan aura mempunyai
beberapa kebaikan yang boleh digunakan untuk kegunaan diri sendiri atau orang
lain. Antaranya termasuklah memiliki kesihatan yang mantap dari segi fizikal
dan mental, menambahkan keyakinan dan personaliti berkarisma dalam diri,
menguatkan kekuatan minda dan fizikal seseorang, merawat penyakit diri sendiri
dan juga orang lain serta mengingati pelajaran dengan lebih berkesan.
Pada masa ini ilmu pernafasan aura telah
mendapat perhatian dari semua golongan tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak.
Ia juga merupakan satu cabang bidang sains yang berkaitan dengan biologi
manusia. Kemajuan teknologi optik boleh membuktikan kewujudan gelombang
elektromagnetik tubuh secara fizikal dengan hasil foto menggunakan Kamera
Kirlian yang dicipta oleh Kirlian, seorang genius berbangsa Rusia. Kamera
tersebut dikenali dengan nama Aura
Camera 6000.
SIAPA YANG PATUT MENDAPATKAN TERAPI AURA INI?.
Terapi Aura
ini adalah untuk:-
1.
Semua individu yang boleh digelar “ketua” (leader) dalam
masyarakat, baik apa pun jawatan atau panggilan anda. Seperti guru dan
jurulatih (instruktor) seni silat atau beladiri lain yang mempunyai anak buah
yang ramai, para pengamal pengubatan secara batin yang mempunyai anak-anak
murid. Pengetua, ketua kampung, ketua kelas, pengerusi sesebuah pertubuhan,
malah ketua keluarga sekalipun. Ringkasnya, sesiapa sahaja yang boleh digelar
“ketua” baik dalam komuniti besar mahupun komuniti kecil. Terapi Aura ini adalah untuk
mengaktifkan kewibawaan dan karisma diri anda di mata anak-anak buah mahupun di
mata masyarakat kerana siapa anda di mata masyarakat akan ditentukan oleh kewibawaan
dan karisma yang ada pada anda.
2.
Semua individu yang mendapat perhatian masyarakat di sekeliling
dan sering tampil di khalayak ramai seperti penyanyi, pelakon, usahawan berjaya
yang selalu memberi ceramah-ceramah motivasi, fasilitator-fasilitator walau apa
pun jurusan yang anda sampaikan dan seumpamanya. Ringkasnya, sesiapa sahaja
yang sering mendapat perhatian masyarakat. Terapi
Aura ini adalah untuk ketrampilan anda, untuk meningkatkan ‘aura’
dan pesona anda di kalangan masyarakat yang memandang.
3. Isteri-isteri
atau suami-suami yang ingin dicintai, disayangi, dihormati dan
sanjungi oleh suami atau isteri masing-masing. Melalui llmu Aura ini,
sekiranya anda mempelajari, menghayati seterusnya mengamalkan dengan hati yang
ikhlas, insya Allah apa yang anda inginkan akan menjadi kenyataan. Anda akan
selalu “bercahaya di mata orang” dan mempunyai “aura” yang tersendiri. Ia
adalah salah satu daripada ikhtiar yang boleh anda lakukan.
4. Lelaki
atau wanita yang masih tercari-cari kekasih hati, walaupun umur
telah meningkat tetapi tidak juga mendapat kekasih pujaan hati. Terapi Aura ini mampu membantu anda
untuk memenuhi impian anda itu. Apa yang penting adalah anda mempelajarinya,
menghayatinya, faham dan mengamalkannya dengan ikhlas. Insya Allah akan berhasil.
5. Lelaki
atau wanita yang bermasalah dalam mendapat kasih sayang baik
daripada tunang, kekasih, keluarga, saudara-mara, jiran tetangga, sahabat
sepejabat atau seumpamanya. Insya Allah, ilmu pengetahuan yang bakal anda
pelajari ini akan dapat membantu.
6. Suami-suami
yang berpoligami (berkahwin lebih daripada satu) iaitu untuk menjadikan
isteri-isteri anda sentiasa bersefahaman, saling menghormati, tidak berlaku
curang dan untuk kesejahteraan rumah-tangga anda. Tidak perlu anda
berbelanja besar pergi “berubat” sedangkan anda sendiri akan mampu melakukannya
setelah mempelajarinya sendiri. Namun perlu diingatkan bahawa, ilmu pengetahuan
seumpama ini bukanlah untuk kepentingan diri sendiri dan kerana nafsu
semata-mata, hati perlu ikhlas dan bukan berniat di sebaliknya.
7. Sesiapa
sahaja (di kalangan anda) yang sanggup berfikiran terbuka dan
sanggup berminda optimistik, tiada memandang sesuatu di sudut negatif
semata-mata, termasuklah berkaitan dengan ilmu-ilmu Aura yang akan diketengahkan ini. Anda perlu faham bahawa baik dan
buruk itu ada di mana-mana dan begitu jugalah dalam soal ini. Sebenarnya,
individu itu sendirilah yang akan menentukan jalan yang akan dilaluinya nanti
berpandukan apa jua ilmu pengetahuan yang telah dipelajari, sama ada untuk kebaikan
ataupun kejahatan.Perhatian:Terapi Aura ini tidak berfungsi untuk kejahatan.
8. Sesiapa
sahaja (di kalangan anda) yang ingin memahami rahsia-rahsia ilmu
Aura yang sememangnya telah wujud sejak zaman dahulukala lagi dan sanggup faham
bahawa ilmu pengetahuan seumpama itu sebenarnya masih ada dan tersimpan di dada
golongan tertentu dalam masyarakat kita.
9. Sesiapa
sahaja (di kalangan anda) yang sanggup membuka minda dan hati
untuk memahami dunia ilmu Aura tanpa membuat kesimpulan awal tentangnya
(selalunya kesimpulan negatif). Bak kata orang, “Hanya jauhari yang mengenal
maknikam” dan “Tak kenal maka tak cinta”.
10. Sesiapa
sahaja (di kalangan anda) yang ingin mempelajari dengan pantas
selok-belok ilmu Aura tanpa perlu
pergi merantau ke seluruh ceruk rantau semata-mata ingin mempelajari,
seterusnya menguasai ilmu-ilmu pengetahuan seumpama itu yang amat jarang
didedahkan.
11. Sesiapa
sahaja (di kalangan anda) yang mengakui bahawa ilmu Allah itu amat
luas dan tidak sekali berfikir secara negatif dengan keegoan bahawa tiada
wujud ilmu pengetahuan seperti yang bakal dinyatakan.
12. Sesiapa sahaja (di kalangan anda)
yang sanggup membuang jauh keegoan dan membuka hati untuk berkongsi ilmu
pengetahuan sesama manusia, sesungguhnya ilmu Allah sangat luas.




